PANDUAN
MENJAWAB BAHAGIAN B
Masa
yang dicadangkan: 40 minit
Markah
: 30 markah
1. Pilih tajuk yang sesuai.
i.
Baca ketiga-tiga soalan.
ii.
Tajuk yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengetahuan
sedia ada. Pilih tajuk yang benar-benar
kamu fahami dan kuasai.
iii.
Bagi karangan
berformat, pastikan kamu telah menguasai format karangan tersebut.
2. Kenal pasti kata kunci.
Gariskan
kata kunci yang terdapat di dalam soalan.
Contoh:
Abang kamu bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti
sekolah yang akan datang. Kamu ingin menjemput rakan kamu yang berada di negeri
lain.
Tulis sepucuk surat
untuk mengundangnya ke majlis tersebut.
3.
Buat rangka soalan
- Gunakan PETA MINDA.
Pendahuluan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Penutup
4. Tulis
dengan kemas dan berhati-hati.
- Tulis karangan dalam perenggan, biasanya
setiap perenggan mengandungi satu isi beserta huraian dan contoh.
- Susun isi mengikut kepentingan.
- Isi karangan perlu diolah dengan baik dan tidak
membosankan pemeriksa.
- Pastikan tiada kesalahan ejaan dan setiap huruf ditulis dengan betul.
5. Semak semula karangan.
- Semak dari aspek yang berikut:
i.
Penggunaan perkataan.
ii.
Ejaan yang tepat.
iii.
Tanda bacaan.
iv.
Ayat yang gramatis.
v.
Imbuhan yang betul
KESALAHAN-KESALAHAN UMUM MURID SEMASA
MENJAWAB SOALAN
1. Kesalahan memilih tajuk
- Calon
tidak memahami kehendak soalan.
- Terburu-buru menyiapkan karangan
yang dianggap mudah.
2. Masalah isi
- Isi
kurang
- Tiada
huraian
- Isi
tiada kaitan dengan kehendak soalan.
3. Pembahagian
perenggan
- Menulis beberapa isi di dalam satu perenggan.
4. Tidak
ada rangka karangan.
- Susunan isi tidak kemas dan bercelaru.
- Gunakan 3 minit untuk
membina rangka karangan.
5. Kesalahan
umum bahasa.
- Kesalahan penggunaan perkataan.
- Kesalahan struktur ayat.
PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Banyakkan membaca contoh-contoh
karangan. Pastikan telah menguasai/memahami semua topik karangan UPSR.
2.
Cari makna
perkataan sukar di dalam kamus.
3.
Faham
betul-betul jenis-jenis karangan berformat.
4.
Rujuk
soalan-soalan tahun lepas dan cuba
buat latihan.
5.
Latih-tubi IMLAK
dengan kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment