Pages

Tuesday, 27 November 2012

KATA ADJEKTIF


KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif.

       Jenis Kata Adjektif

  1. Kata adjektif sifatan / keadaan

Contoh:           baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong

  1. Kata Adjektif Warna

Contoh:  hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

  1. Kata Adjektif Ukuran

Contoh:  nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

  1. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

  1. Kata Adjektif Jarak

Contoh:  jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

  1. Kata Adjektif Waktu

Contoh:  cepat, lambat, silam, segera, baharu,

  1. Kata Adjektif Perasaan

Contoh:  sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

  1. Kata Adjektif Cara

Contoh:  perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

  1. Kata Adjektif Pancaindera

Contoh:  pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,  nyaring,  gemeresik

   
Latihan  Kata Adjektif

1
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

A
cair


B
putih


C
pekat


D
merah


2
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A
ketat


B
besar


C
singkat


D
longgar


3
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

A
nipis



B
kasar



C
kesat



D
tumpul



4
Air sungai itu __________ kerana banyak sampah sarap yang dibuang ke dalamnya.

A
jernih

B
hitam

C
kotor

D
bersih


5
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

A
kecil


B
tebal


C
besar



D
panjang



6
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

A
sejuk



B
damai



C
panas



D
nyaman



7
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A
segar

B
cergas

C
nyaman

8
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

A
Indah



B
Tinggi



C
Kelam



D
Sayup



9
Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

A
baik



B
malu



C
takut



D
patuh



10
Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.

A
pilu



B
mahu



C
cemas



D
gembira



11
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________

A
tinggi



B
besar



C
kontot



D
panjang



12
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

A
hapak



B
hanyir



C
tengik



D
hancing



13
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

A
serak



B
garau



C
merdu



D
nyaring



14
Roziah agak_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A
sombong



B
senang



C
ramah








15
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

A
kegelapan



B
kedinginan



C
kemalapan



D
kepanasan




16
Kepala adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang di sekolah.

A
bengkok



B
bengkak



C
botak



D
lekuk



17
Jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ pada musim perayaan.

A
lengang



B
senyap



C
muram



D
suram



18
Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun

A
pedas



B
lebam



C
pedih






19
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

A
luas



B
sempit



C
senang

















No comments:

Post a Comment