Pages

Thursday, 29 November 2012

KATA BANTU


Info Kata Bantu

Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.

1.         Kata Bantu Aspek

  • Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.

Contoh:

Sudah berlaku          -           sudah, telah, pernah
Sedang berlaku        -           sedang, masih         
Belum berlaku          -           belum, akan

  • Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
  • Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.

Contoh:

belum pernah
masih belum
            telah pernah
            masih sedang
            sudah pernah


2.         Kata Bantu Ragam

  • Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.

Contoh:
           
            Mesti melakukan                 -           mesti, harus
            Hendak melakukan             -           hendak, mahu
            Berkeupayaan melakukan            boleh, dapat


  • Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.

Contoh:

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

sedang hendak
            masih belum
            belum boleh
            belum hendak
            akan dapat

Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek

harus sudah
            harus telah
            mesti akan
            mesti sudah
            mesti telah
  
Latihan Kata Bantu


  1.  
Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.

A
dapat

B
hendak

C
boleh

  1.  
Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.

A
mesti

B
harus

C
mahu

D
sedang

  1.  
Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

A
sedang

B
harus

C
akan

D
telah

  1.  
Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

A
dapat

B
mesti

C
harus

  1.  
Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.

A
mesti

B
sedang

C
sudah

    6.
Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

A
harus

B
akan

C
telah

 7.
Cikgu Kalsom ___________ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.

A
belum

B
akan

C
Telah

   8.
Ahmad  ___________ mengulang kaji pelajaran walaupun hari sudah lewat malam.

A
masih

B
telah

C
boleh

D
harus

   9.
Eksperimen itu ____________ siap dijalankan oleh mereka semalam.

A
telah

B
masih

C
mesti

D
akan

   10.
Abang Long ____________ membaiki basikal ketika kami tiba di rumah.

A
sedang

B
pernah

C
mahu

D
mesti

  11.
Semua guru ___________ murid-muridnya berjaya dengan cemerlang.

A
mesti

B
mahu

C
boleh

D
akan





























No comments:

Post a Comment