Pages

Wednesday 5 December 2012

PANDUAN MENJAWAB KERTAS PENULISAN BAHAGIAN A

Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Langkah 1
  • Baca soalan dengan teliti.Pastikan kehendak soalan sama ada membina ayat aktiviti atau situasi.
  • Lihat gambar dengan teliti.
  • Perhatikan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang berkaitan.
Langkah 2

Catat aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang terdapat dalam gambar.

Langkah 3
  •  Bina ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
  • Pastikan setiap ayat mengandungi aktiviti / kata kerja.
  • TULIS AYAT BERDASARKAN AKTIVITI YANG TERSURAT SAHAJA.
  • Gunakan formula yang dicadangkan untuk membina ayat.
  • Pelbagaikan struktur ayat supaya kelihatan menarik.
Langkah 4
  •  Baca semula ayat-ayat tersebut.
  • Murnikan ayat-ayat yang telah dibina sekiranya ada masa.
  • Betulkan kesemua kesalahan tatabahasa, terutamanya dari segi penggunaan Perkataan,Ejaan,Tanda baca,struktur Ayat dan penggunaan Imbuhan.

Monday 3 December 2012

TEMA-TEMA DALAM SOALAN KARANGAN

TEMA 1 : KELUARGA

Contoh :
  • Melancong
  • Gotong-royong
  • Membantu Jiran
  • Balik Kampung
  • Keluarga Saya
  • Perayaan 
TEMA 2 : SEKOLAH

Contoh :
  • Hari Anugerah / Sukan
  • Gorong-royong
  • Komputer
  • Perkhemhan
  • Pertandingan
  • Lawatan 
 TEMA 3 : MASYARAKAT

Contoh :
  • Hidup Berjiran
  • Rumah Terbuka - Perayaan
  • Gotong-royong
  • Alam Sekitar
  • Bersukan
  • Memupuk Perpaduan


TEKNIK MERANGKA KARANGAN

Teknik Merangka Karangan ( 1 )

Teknik : SMAD 3B
  • Siapa
  • Mengapa
  • Apa
  • Di mana
  • Berapa
  • Bila
  • Bagaimana
Teknik Merangka Karangan ( 2 )

Teknik : 7S
  • Sekolah
  • Sabtu
  • Sebelum
  • Semasa
  • Suasana
  • Selepas
  • Sangat ( harapan)
Teknik Merangka Karangan ( 3 )

Teknik : Buat apa ya ?
   
Contoh:
           Tajuk : Pengalaman Berkhemah
                   
                     Buat apa semasa berkhemah ? ( Kata Kerja )
                     - membina khemah
                     - memasak nasi 

Thursday 29 November 2012

KATA KERJA


 
Info Kata Kerja

1)         KATA KERJA TRANSITIF

-           Menerangkan perbuatan yang dibuat oleh pelaku terhadap orang atau benda lain.

-                      Mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya.

-                      Terbahagi kepada dua bentuk:


a)    Bentuk aktif – menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan  atau –i

Contoh:-    menulis            memasak        menyanyi        mengukus                                     menconteng    menaiki           membesarkan
           
b)    Bentuk pasif – hasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif

Contoh:-    ditulis               dimasak          dinyanyi           dikukus
                  diconteng        dinaiki              dibesarkan

2)         KATA KERJA TAK TRANSITIF

-           Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.

-                      Tidak memerlukan objek atau penyambut

-                      Terbahagi kepada dua:-

a)    Tanpa pelengkap – dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut:-

Contoh:-

Laili bermain.

Padi menguning.

Budak itu tertawa.

Pelajar itu pulang.

b)    Berpelengkap – mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

Contoh:-

Laili keluar dari kelas.

Sofia menjadi guru.

Penyakitnya beransur pulih.


LATIHAN KATA KERJA

        1.
Puan Sarifah ________air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.

A
merenjis

B
menyiram

C
menyimbah

D
menuangkan

        2.
Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.

A
menjolok

B
mencocok

C
mencucuk

D
merodok

       3.
Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.

A
bersila

B
berlunjur

C
bersimpuh

D
bertinggung

4.
Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.

A
memicit-micit

B
menekan-nekan

C
menepuk-nepuk

D
menggenggam-genggam

5.
Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.

A
membimbing

B
memandu

C
mengajar

D
mengawasi


      6.
Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.

A
menceritakan

B
mengadu

C
meracau

D
meleter

7.
Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.

A
mengikis

B
mengikir

C
mengasah

8.
Hati Puteri Nur Ashikin ________apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.

A
terdiam

B
tercalar

C
tersayat

D
tersentuh

     9.
Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

A
memiliki

B
mendapati

C
mempunyai

D
memperoleh

    10.
Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.

A
melekat

B
menyisip

C
membubuh

D
menyangkut

11.

Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

A
memaklumkan

B
memberitahu

C
meramalkan

D
melaporkan

12.

Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

A
berebut

B
bersaing

C
berjuang

D
berlawan

13.

Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu.

A
terhenti

B
terbantut

C
terkandas

D
terbengkalai

14.
Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.

A
menggeletek

B
menggeletar

C
menggelepar

15.
Adunan gula dan mentega itu __________  setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.

A
mengembang

B
menguncup

C
menebal

D
menipis

16.
Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.

A
menconteng

B
mengelap

C
menyapu

D
mencalit