Pages

Tuesday, 27 November 2012

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA


1.0   Analisis Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
             Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sistaksis. Pemasalahan yang masih wujud tentang kesalahan tatabahasa ialah penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah sama ada dalam bentuk lisan mahu pun penulisan.Kesalahan yang dimaksudkan ini ialah penggunaan tatabahasa yang tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dengan betul. Menurut Nik Safiah Karim (1980) yang mengatakan kesalahan bahasa  ditarifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui  sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Corder (1981) pula, kesilapan atau kesalahan bahasa ialah suatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang  daripada sistem bahasa yang diterima oleh penutur jati dan kesilapan itu meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah dan sebagainya.
             Kesalahan tatabahasa yang masih wujud di kalangan murid di bilik darjah adalah disebabkan mereka masih belum dapat menguasai rumus-rumus tatabahasa yang telah mereka pelajari di sekolah. Melalui esei ini, akan membincangkan analisis beberapa  kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah. Kesalahan tatabahasa tersebut dikesan dan sering dilakukan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan dalam penggunaan kata yang betul, penulisan ayat dan karangan. Ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan tentang tatabahasa dan kemahiran berbahasa mereka.
     1.1 Analisis  Kesalahan Penggunaan Imbuhan
              Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan  dan sering dilakukan oleh murid-murid ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh murid-murid ketika mereka hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti yang kita ketahui imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Selepas membuat penilaian terhadap latihan murid berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat tiga faktor kesalahan yang dilakukan oleh murid  dalam penggunaan imbuhan tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan tersebut ialah:
    a.)    Murid menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.
Contoh :
            Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun  supaya dia  
            tidak  berlaku jenayah lagi. (salah)
sepatutnya
          Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara  selama 20 tahun  supaya dia  
          tidak  melakukan jenayah lagi. (betul)

   b.)    Murid menggunakan imbuhan pada kata  atau tempat yang tidak sepatutnya menerima 
 imbuhan.
 Contoh :
              Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin. (salah)
sepatutnya
              Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin. (betul)
    c.)    Murid menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.
Contoh :
            Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di Kuala
            Kangsar. (salah)
sepatutnya
            Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di Kuala
            Kangsar. (salah)
        1.2 Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
                Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu  kata majmuk bebas iaitu dieja secara berasingan contohnya seperti  kereta api, alat tulis manakala kata majmuk mantap pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain lagi.Terdapat tiga kesalahan yang dapat dilihat semasa murid menggunakan kata majmuk ini. Antara kesalahan tersebut ialah :
a.)    Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.
Contoh 1:
              Pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh sangat indah. (salah)
Sepatutnya
             Pemandangan di sekitar Bandar raya Ipoh sangat indah. (betul)
Contoh 2 :
               Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia. (salah)
Sepatutnya
                Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia. (betul)

b.)    Murid menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua dengan menggadakan perkataan  kedua.
Contoh :
            Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.(salah)
Sepatutnya
            Kapal-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara. (betul)

·         Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan   manakala perkataan kedua dibiarkan kekal.
    c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.
         Contoh :
                        Usaha kerajaan untuk menyatu  padukan rakyat di negara kita dianggap telah 
                         berjaya. (salah)
sepatutnya
                         Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita dianggap telah 
                         berjaya. (betul)
·         Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.

    1.3 Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
          Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga, tentang dan lain-lain lagi.Kesalahan penggunaan kata sendi ini yang sering dilakukan oleh murid di dalam kelas  terbahagi kepada beberapa jenis kesalahan seperti:
a.)    Kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’. Di sini apa yang dapat dilihat, murid-murid di dalam kelas terkeliru dengan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’.
Contoh 1:
             Bola itu di  sepak dengan kuat oleh abang. (salah)
                                     sepatutnya
              Bola itu disepak dengan kuat oleh abang. (betul)
Contoh 2:
             Datuk dan nenek saya tinggal dikampung. (salah)
                                      sepatutnya
               Datuk dan nenek saya tinggal di kampung. (betul)

b.)    Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘akan’. Apa yang dapat diperhatikan murid-murid di dalam kelas terdorong untuk menulis kata sendi akan dengan singkatan ‘kan’.
Contoh:
            Puan Siti sangat rindukan anaknya yang tinggal di asrama.(salah)
sepatutnya
            Puan Siti sangat rindu akan anaknya yang tinggal di asrama.(betul)
·         Penggunaan singkatan “kan”hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan tidak pada bahasa tulisan.

c.)    Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada pula menunjukkan punca sesuatu perkara.
Contoh 1:
             Saya berasal daripada Kuala Kangsar. (salah)
                                      sepatutnya
               Saya berasal dari Kuala Kangsar. (betul)

 Contoh 2:
               Sarung tangan itu diperbuat dari susu getah.(salah)
                                        sepatutnya
               Sarung tangan itu diperbuat daripada susu getah (betul)

Contoh 3:
              Program motivasi itu diadakan  daripada pukul lapan pagi hingga lima petang 
Sepatutnya
      Program motivasi itu diadakan  dari pukul lapan pagi hingga lima petang

d.)   Kesalahan  penggunaan kata sendi nama ‘oleh’. Apa yang dapat diperhatikan murid sering menggunakan kata sendi nama oleh dengan kata hubung kerana iaitu membentuk  ‘oleh kerana’.
Contoh :
             Oleh kerana hujan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa    
             ditangguhkan. (salah)
                                                        sepatutnya
           Oleh sebab hujan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa    
            ditangguhkan.(betul)


 1.4 Analisa Kesalahan Penggunaan Frasa.
        Kesalahan yang terakhir yang dilakukan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan penggunaan frasa. Kesalahan penggunaan frasa ini banyak dilakukan oleh murid adalah disebabkan susunan kata yang digunakan dalam frasa itu tidak mematuhi hokum D-M. Hukum D-M bermaksud unsur yang diterangkan mendahului yang menerang. Hukum D-M ini telah diperkenalkan oleh Profesor Takdir Alisiabbana dalam bukunya Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. Antara kesalahan umum yang dilakukan oleh murid-murid ialah mendahului kata penerangan dengan kata yang diterang.
Contohnya:
i.                    Goreng pisang              sepatutnya      pisang goreng
ii.                  Ikan kari                       sepatutnya      kari ikan
iii.                Ali klinik                      sepatutnya      Klinik Ali
iv.                Lembu kereta               sepatutnya       kereta lembu
v.                  Tom Yan Restoran       sepatutnya       Restoran Tom Yam.

4 comments: