Pages

Thursday, 29 November 2012

KATA BANYAK MAKNA


Info Kata banyak makna

Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.

Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.

Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk ;

1.         kata dasar
            Contoh; makan

 a.        Shaari suka makan nasi lemak.
            ( menunjukkan perbuatan makan )

 b.        Abu ialah seorang yang suka makan kawan.
         ( mengambil kesempatan terhadap seseorang kawan )

 c.        Rudi sekarang bekerja makan gaji.
            ( bekerja dengan seseorang )

2.         kata berimbuhan
            Contoh; menjelaskan

a.         Kami terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya.
            ( menerangkan / menghuraikan dengan lebih lanjut )

b.         Pak Sudin telah pun menjelaskan hutangnya.
            ( membayar / menyelesaikan sesuatu )

3.         kata ganda
            Contoh;diam-diam

a.         Dia diam-diam keluar dari rumah sewanya.
            ( secara senyap-senyap )

b.         Murid diminta duduk diam-diam ketika ketiadaan guru.
            ( tidak berbuat apa-apa / tidak berbuat bising )



LATIHAN KATA MAKNA

1          
I
Cahaya hari ini hangat sekali.

II
Tidak lama lagi, abang akan mendapat seorang cahaya mata.

III
Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV
Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.




A
I dan II

B
II dan III

C
I dan IV

D
III dan IV

2          
I
Tayar basikal Kok Seng sudah hal.

II
Lisa tidak suka mencampuri hal orang lain.

III
Pak Mat melaporkan hal itu kepada penghulu

IV
Hal apakah yang menyebabkan budak itu ditangkap polis?




A
I dan II

B
I dan III           

C
III dan IV

D
II, III dan IV


3          
I
Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.

II
Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.

III
Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.

IV
Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.




A
II dan III

B
III dan IV

C
I,II dan IV

D
I,III dan IV


4          
I
Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.

II
Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.

III
Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.

IV
Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.




A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
II dan IV


5         
I
Kami sampai sejambak bunga kepada guru.

II
Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai ke aras bahaya.

III
Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.

IV
Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.




A
I dan III

B
III dan IV         

C
I, II dan IV         

D
II,III dan IV

6          
I
Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.

II
Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.

III
Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.

IV
Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.




A
I,II dan III

B
I, II dan IV

C
I,III dan IV

D
II,III dan IV


7          
I
Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

II
Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu.

III
Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu.

IV
Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja.




A
I dan III

B
II dan III

C
I, II dan III         

D
II,III dan IV


8          
I
Liong baru sahaja baik daripada selesema.

II
Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.

III
Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.

IV
Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.




A
I dan IV

B
II dan III

C
I, II dan IV       

D
II,III dan IV


9         
I
Bunga tayar kereta itu melintang.

II
Ailin suka memakai baju yang bunga.

III
Syarifah menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya.

IV
Emak memperoleh banyak bunga daripada wang simpanannya.




A
I dan III

B
I dan IV

C
III dan IV         

D
I,II, dan III

10      
I
Jambatan itu sudah siap bina.

II
Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.

III
Lena mengikuti kursus seni bina di universiti.

IV
Bangunan baru itu akan kami bina tidak lama lagi.




A
I dan II

B
I dan III         

C
II dan III

D
III dan IV


11       
I
Usianya baru lima tahun..

II
Adik masuk ke bilik baru tidur.

III
Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

IV
Kevin merupakan pelajar baru di sekolah ini.




A
I dan II

B
II dan III

C
I, II dan III

D
I, III dan IV


12      
I
Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.

II
Mereka sedang membincangkan tentang akal untuk masa depan.

III
Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

IV
Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.




A
I dan II

B
I dan III

C
III dan IV

D
II, III dan IV


13      
I
Bala pelajar yang berhimpun telah bersurai.

II
Bala yang melanda negara itu sungguh dahsyat.

III
Banyak bala yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.

IV
Malaysia telah mengundurkan bala tenteranya dari Bosnia.




A
I dan II

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


14      
I
Karangan bunga itu telah digubah oleh Puan Noraini.

II
Pakaian itu digubah oleh pereka fesyen yang terkenal.

III
Kedudukan perabot di rumahnya itu telah digubah oleh Puan Rosnah.

IV
Lagu yang merdu itu telah digubah semula oleh Dato’ Ahmad Nawab.




A
I dan IV

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
II, III dan IV


15                
I
Tingginya sama paras dengan saya.

II
Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.

III
Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.

IV
Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.




A
I dan IV

B
II dan IV

C
I, II dan III

D
I, III dan IV

2 comments: