NILAI-NILAI MURNI
1. BAIK HATI
1.1.
Belas kasihan – Bersimpati
terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
1.2.
Bertimbang rasa –
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu
tindakan.
1.3.
Murah hati – Memberi bantuan secara ikhlas kepada
mereka yang memerlukannya.
1.4.
Saling memahami – Sanggup
memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan
masing-masing.
1.5.
Saling bermaafan –
Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2. BERDIKARI
2.1.
Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain.
2.2.
Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.
3. HEMAH TINGGI
3.1.
Kesopanan – Berbudi
bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.
3.2.
Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat.
3.3.
Ramah mesra – Sedia
bergaul mesra dengan semua orang.
4. HORMAT
4.1.
Hormat dan taat kepada ibu bapa atau
penjaga – Memuliakan dan
mentaati ibu bapa atau penjaga.
4.2.
Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga, dan pemimpin – Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan
yang baik.
4.3.
Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara – Menerima dan hormat kepada kerajaan serta
lambang-lambang kebesaran negeri.
4.4.
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan – Menghormati kepercayaan dan adat resam
semua keturunan di Malaysia.
4.5.
Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira di mana seseorang itu berada.
4.6.
Patuh kepada ketetapan masa - Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah.
5. KASIH SAYANG
5.1.
Sayangkan diri sendiri dan orang lain -
Menyayangi diri
sendiri dan orang lain.
5.2.
Sayang alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan
hidup.
5.3.
Cintakan negara –
Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).
6. KEADILAN
6.1. Adil – Mempertimbangkan dan membuat
sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
6.2.
Saksama – Tidak berat
sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran
atau hukuman.
7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
-
Boleh
melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang
yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat,
negara, dan agama.
8. KEBERANIAN
8.1.
Berani mencuba – Berani
melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri
dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
8.2.
Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan
bukti yang nyata.
9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan
anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
9.2.
Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi
dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
9.3.
Kebersihan mental – Pertuturan
dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan
dengan orang lain.
10. KEJUJURAN
10.1.
Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas
yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
10.2.
Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa
menokok tambah atau berselindung.
10.3.
Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa
mengharapkan balasan.
11. KERAJINAN
11.1. Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif
untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
11.2.
Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang
berfaedah.
12. KERJASAMA
12.1.
Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara
beramai-ramai dan sukarela.
12.2.
Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri
mengelakkan berlakunya perselisihan.
12.3.
Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat
keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.
13. KESEDERHANAAN
13.1. Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
– Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui
batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan
kepentingan diri dan kepentingan orang lain -
Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14. KESYUKURAN
14.1. Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk
menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
15. RASIONAL
15.1.
Membuat pertimbangan
- Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan.
16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
16.1.
Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama
dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
16.2.
Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur,
tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
16.3.
Peka terhadap isu-isu
sosial dalam masyarakat - Menyedari
masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
17. PATRIOTISME
17.1. Menghormati
pemimpin
17.2. Berusaha
untuk memajukan negara
17.3. Semangat
untuk kejayaan negara
17.4. Rela
berkorban demi kemakmuran negara
No comments:
Post a Comment